Posts

Showing posts from 2016

Hebatnya panahan CINTA

Image
   Siapa yang tak pernah bercinta? Tipulah kalau kata tak pernah bercinta. Kita manusia memang dah lumrah untuk ada satu dan sesuatu perasaan suka menyukai kepada sesuatu atau seseorang.. tapi ni saja nak buka bab cinta seseorang insan yang sangat istimewa dalam hidup.    Hebatnya perasaan tu bila dipanah dengan panahan arjuna yang tepat mengenai hati. CINTA.. waktu itu tiada lagi yang terbaik, tercantik, terhensem, tercomel dan macam2 ter lagi. Tidur tak lena. Mandi tak basah. Setiap saat dia saja dalam fikiran. Dunia sangat bermakna. Siang dan malam diguna sebaiknya untuk dia yang sangat dicintai..    Tahniah buat cinta tautan hati yang tetap berkekalan ke jinjang pelamin juga yang terus bertaut kekal hingga ke anak cucu dan akhir hayat. Pasti bahagia. Sebenarnya Allah juga menguji mereka. Tapi dengan cara yang lain...    Bagi pencundang yang kecundang ditengah jalan.. teruskanlah kehidupanmu. Anggap saja tiada jodoh antara kamu dan dia. Wak...

Kalimah Allah di langit

Image
السلام عليكم..   Petang semalam saja aku berjalan bawa anak², isteri, mak dan abah ke pantai remis cari lauk ikan segar.   So.. Bila dah selesai memborong ikan yg penuh sebonet kami pun balik. Aku tergerak hati nak pergi teluk senangin. Bukan apa, saja la nak tengok kawasan memancing untuk trip akan datang. Sampai di sana kami relax² pekena laksa ngn mee goreng kat gerai situ. Memang feel la kan.. Siap l kena angin laut lagi. Tenang je rasa hati.   Selesai je menjamah makanan tersebut, kami pun mula bergerak ke kereta. Dah nak balik. Tapi anak² pulak nak sangat main ombak pantai. Baju basahan tak bawa sebab tak rancang pun nak mandi manda. Aku tunaikan permintaan diorang. Duduk dekat gigi air je. Waktu itu suasana sangat tenang dengan bunyi ombak menghempas pantai, angin yang menyamankan. Aku ni memang suka tengok pemandangan matahari terbenam. Sejak dari jadi kelasi dulu kalau petang² habis kerja pakat lepak tepi kapal tengok pemandangan indah ciptaan Yang Maha Kuasa...

KUNCI UNTUK MEMBUAT HIDUP ANDA LEBIH BAIK

*Dikutip dari Buku Karya Ausberg 49 tahun buku yang berjudul* *"THE LAST LECTURE"* *(Pengajaran Terakhir)* yang menjadi salah satu buku best-seller di tahun 2007."" *KUNCI UNTUK MEMBUAT HIDUP ANDA LEBIH BAIK,* terdiri atas  *--Personality,* *--Community* and *--Life.*  Berikut penjelasannya:    *A.  PERSONALITY:* *1*. Jangan membandingkan hidup Anda dengan orang lain karena Anda tidak pernah tahu apa yang telah mereka lalui. *2.* Jangan berfikir negatif akan hal-hal yang berada diluar kendali Anda, melainkan salurkan energi Anda menuju kehidupan yang dijalani saat ini, secara positif *3.* Jangan bekerja terlalu keras, jangan lewati batasan Anda. *4*. Jangan memaksa diri Anda untuk selalu perfect, tidak ada satu orang pun yang sempurna. *5.* Jangan membuang waktu Anda yang berharga untuk gosip. *6*. Bermimpilah saat anda bangun (bukan saat tertidur). *7*. Iri hati membuang waktu, Anda sudah memiliki semua keinginan Anda. *8*. Lupakan...

RINDU MUHAMMAD SAW

Lukisan Dakwah Islam Original: Bila aku tak suka pada rasa makananku aku teringat pada baginda Muhammad ﷺ yang pernah meletakkan batu pada keliling perutnya untuk menahan lapar Bila aku merasa pakaian ku cuma sedikit aku teringat pada baginda Muhammad ﷺ yang hanya punya dua helai baju seumur hidupnya Bila aku merasa tidak selesa akan tempat pembaringan ku aku teringat pada baginda Muhammad ﷺ yang tidur hanya beralas pelepah kurma dan kain kasar dalam hidupnya Apabila aku menjadi begitu kedekut untuk memberi dan berkongsi dengan orang lain .. aku teringat pada baginda Muhammad ﷺ yang pernah memberi segala-galanya sehingga dia hampir tiada apa-apa untuk dirinya Bila aku fikir betapa miskinnya hidupku, aku teringat pada baginda Muhammad ﷺ yang begitu cinta pada orang miskin dan ingin bersama si miskin di syurga, ia menaikkan semangatku Bilaa aku terasa ada yang menyakiti aku, aku teringat pada baginda Muhammad ﷺ yang sentiasa memaafkan sesi...

Teman

Image
Sejak mula pertemuan itu.. Hati melonjak terkenangkanmu.. Tiap detik ku mengharapkan.. Panggilan rindumu sayang.. Apa kau rasa yang ku rasakan.. Mungkin ini satu permulaan.. Biarlah mawar terus bersemi.. Mekar harum mewangi.. Takku menduga….. Cinta yang ku cari selama ini.. Dikaburi wajah-wajah yang tiada.. Ertinya sayang….. Hadir di sisi.. Tanpa harap belas dan perhatian.. Namun kau pasti hadir di situ.. Saat ku perlukan… Jangan hirau cerca dan hinaan.. Kita teman yang tak sehaluan.. bukti kasih dan keikhlasan.. Mengikat hatimu hatiku.. Hadir di sisi.. Tanpa harap belas dan perhatian.. Namun kau pasti hadir di situ.. Saat ku perlukan….. Te.. Te.. Te.. de.. de.. Kau teman…… -teman- Lovehunter https://m.youtube.com/watch?v=dpB_VPk1Pro

Udang Lipan Santapan Buat Orang Tersayang

Image
   Petang tadi saja la bawa anak-anak jalan-jalan ke pasar malam nak cari bahan untuk masak juadah berbuka isteri aku. Tengah kepala aku dok mikir nak masak ape, ternampak pulak aku orang sedang jual udang lipan.    Udang lipan, ada yang panggil udang kertak. Ada juga yang panggil udang ronggeng. Macam-macam nama, asalkan dia udang lantaklah orang nak panggil apa. Jangan panggil ayam sudah. Hahaha..    So aku pun beli la udang tersebut. Sepinggan 5 ringgit je. Ada la 18 ekor aku kira tadi bersaiz besar 2 jari. Boleh la.. Sebab aku pun dah lama tak makan udang ni. Asyik makan ayam dengan ikan je hari-hari jemu juga ye tak?!    Aku nak buat sup. Nak hirup kuah dia memang sedap ooo... aku nak kongsi resepi sup zaman bujang aku ni kat awak-awak semua.. tapi sebelum tu siang dan bersihkan dahulu udang tu. Pakai gunting je senang. Potong kepala dan kaki sayap kat ekor dia. Aku tak potong kulit tepi sebab nanti isi dia jadi hancur bila dah direnih dal...

Melayu Aku Kamu Dia dan Mereka

Kembalilah kepada bangsa bijaksana.. Tidak pernah jemu membacanya. ------------- Melayu itu orang yang bijaksana Nakalnya bersulam jenaka Budi bahasanya tidak terkira Kurang ajarnya tetap santun Jika menipu pun masih bersopan Bila mengampu bijak beralas tangan. Melayu itu berani jika bersalah Kecut takut kerana benar, Janji simpan di perut Selalu pecah di mulut, Biar mati adat Jangan mati anak. Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya: Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu Banjar juga disebut Melayu, Minangkabau memang Melayu, Keturunan Acheh adalah Melayu, Jakun dan Sakai asli Melayu, Arab dan Pakistani, semua Melayu Mamak dan Malbari serap ke Melayu Malah mua'alaf bertakrif Melayu (Setelah disunat anunya itu) Dalam sejarahnya Melayu itu pengembara lautan Melorongkan jalur sejarah zaman Begitu luas daerah sempadan Sayangnya kini segala kehilangan Melayu itu kaya falsafahnya Kias kata bidal pusaka Akar budi bersulamkan daya Gedung akal laut bicara Mal...

Solatlah Kamu Sebelum Kamu Disolatkan..

Image
السلام عليكم..    Bersyukur kita kerana masih diberi kenikmatan hidup dimuka bumi ALLAH yang penuh dengan ujian agar kita dapat melaksanakan suruhannya bertepatan dengan kalimah tauhid LA ILA HA ILLALLAH..    Hari ni nak kongsi sedikit ilmu mengenai Cara Solat Jenazah yang agak ringkas. Bukan apa.. kita kena ambil tahu juga bab ni walaupun urusan jenazah tu Fardhu Kifayah. Tapi seandainya berlaku sesuatu diluar jangkaan, itu pasti akan membingungkan kita.    Bagi kaum Adam, kita sebagai bapa, suami atau anak lelaki kalau boleh solatkanlah waris terdekat kita. Mudah sangat solat ni. Itu lah peranan kita sebagai lelaki.. imam kepada ahli keluarga kita. Kalau bercinta pandai pulak nak jadi imam kepada pasangan kan??!! hehe.. Mudah-mudahan ilmu ini bermanfaat kepada semua. Takbir Pertama A ngkat Takbir "Allahu akbar" & Niat dalam hati : -- Sahaja aku solat jenazah terhadap mayat ini, 4 ...

Selfie Wefie

Dah berhabuk berakar blog aku ni. Asyik cerita seram je.. padam le yang mana patut.. hihi.. mood raya tak habis lagi. Tiba-tiba pulak rindu kat blog yang dah kena block ni.. hehe..    Aku ni macam korang juga tak lepas dengan kealpaan penggunaan teknologi dunia maya ni. Kadang-kadang tu sampai tak sempat nak buat keje lain kalau dah mengadap gadjet berjam-jam.. ade juga kadang-kadang tu aku pun tak tau la apa sebab nak mengadap muka buku je berjam-jam.. tolong  like  gambar kengkawan.. hehe.. Sedangkan ada kengkawan tak pernah  like  pun gambar aku. hmm.. Lantaklah asal diorang bahagia cukup.    Okey.. panjangnye mukadimah dia. Haha.. Aku antara orang-orang yang suka berselfie. Ada sesetengah orang memang tak suka berselfie. Masing-masing ada sebab tertentu. Tapi bukan itu yang aku nak sembang. Dalam banyak-banyak tukang selfie baik adam atau hawa ada satu selfie yang agak  misteri...  nak tau apa dia? Hehe..  Selfie sambil men...