Solatlah Kamu Sebelum Kamu Disolatkan..

السلام عليكم..
   Bersyukur kita kerana masih diberi kenikmatan hidup dimuka bumi ALLAH yang penuh dengan ujian agar kita dapat melaksanakan suruhannya bertepatan dengan kalimah tauhid LA ILA HA ILLALLAH..

   Hari ni nak kongsi sedikit ilmu mengenai Cara Solat Jenazah yang agak ringkas. Bukan apa.. kita kena ambil tahu juga bab ni walaupun urusan jenazah tu Fardhu Kifayah. Tapi seandainya berlaku sesuatu diluar jangkaan, itu pasti akan membingungkan kita.

   Bagi kaum Adam, kita sebagai bapa, suami atau anak lelaki kalau boleh solatkanlah waris terdekat kita. Mudah sangat solat ni. Itu lah peranan kita sebagai lelaki.. imam kepada ahli keluarga kita. Kalau bercinta pandai pulak nak jadi imam kepada pasangan kan??!! hehe.. Mudah-mudahan ilmu ini bermanfaat kepada semua.

Takbir Pertama
Angkat Takbir "Allahu akbar" & Niat dalam hati :
-- Sahaja aku solat jenazah terhadap mayat ini, 4 takbir, fardhu kifayah kerana Allah Ta’ala.
-- kalau jadi makmum? tambah "sebagai makmum kerana Allah Taala"
-- Baca Alfatihah hingga akhir

Takbir ke-2
Angkat Takbir Kedua "Allahu akbar"
-- Selawat keatas nabi junjungan Muhammad SAW. ''Allahumma solli a'la Muhammad wa a'la ali Muhammad''
-- Ringkas je, nak lagi baik selawat ibrahimiah macam dalam tahiyyat akhir

Takbir ke-3
Angakat takbir ketiga ''Allahu akbar''
-- Baca doa macam dibawah ni..
-- Allahummargh firlahu warhamhu (untuk mayat lelaki)
-- Allahummargh firlaha warhamha (untuk mayat perempuan)
-- Untuk mayat kanak-kanak yang belum baligh, tidak dibacakan doa ini kerana mereka masih tidak dikira dosa pahala oleh malaikat.

Takbir ke-4
Angkat takbir ke empat ''Allahu akbar''
-- "Assalamualaikum warahmatullah " Beri Salam kanan n kiri sama macam solat biasa.

   Semoga sedikit sebanyak ilmu solat jenazah ini berguna kepada kita suatu hari nanti. Sebarang doa yang lebih lengkap sebaiknya bertanya kepada mereka yang lebih tahu. Mohon maaf jika ada sebarang kekurangan daripada saya. Ada panduan ringkas bergambar disertakan. Harap bolehlah disimpan dalam fon dan kongsikan kepada umat Islam yang lain. Itu juga dakwah.

Sekian dahulu buat masa ni. Terima kasih..

Solatlah Anda Sebelum Anda Disolatkan

Comments

Popular posts from this blog

Udang Lipan Santapan Buat Orang Tersayang

Perempuan di kebun getah.

Teman