Hebatnya panahan CINTA

   Siapa yang tak pernah bercinta? Tipulah kalau kata tak pernah bercinta. Kita manusia memang dah lumrah untuk ada satu dan sesuatu perasaan suka menyukai kepada sesuatu atau seseorang.. tapi ni saja nak buka bab cinta seseorang insan yang sangat istimewa dalam hidup.
   Hebatnya perasaan tu bila dipanah dengan panahan arjuna yang tepat mengenai hati. CINTA.. waktu itu tiada lagi yang terbaik, tercantik, terhensem, tercomel dan macam2 ter lagi. Tidur tak lena. Mandi tak basah. Setiap saat dia saja dalam fikiran. Dunia sangat bermakna. Siang dan malam diguna sebaiknya untuk dia yang sangat dicintai..
   Tahniah buat cinta tautan hati yang tetap berkekalan ke jinjang pelamin juga yang terus bertaut kekal hingga ke anak cucu dan akhir hayat. Pasti bahagia. Sebenarnya Allah juga menguji mereka. Tapi dengan cara yang lain...
   Bagi pencundang yang kecundang ditengah jalan.. teruskanlah kehidupanmu. Anggap saja tiada jodoh antara kamu dan dia. Waktu cinta dikecewakan, itulah saat kita tersedar dari mimpi. Allah.. Allah.. Allah menguji aku kerana aku terlalu sayangkan dia sehingga aku terlupa aku sepatutnya menyayangi Allah lebih dari dia. Tapi apa nak diharapkan lagi. Jodoh pertemuan, ajal maut juga rezeki itu semua datang dari Allah.. teruskan perjalan mencari cinta juga Mencari redha Allah dalam cinta biarpun kenangan lalu masih membayangi setiap langkah perjalananmu. Jadikan itu kekuatan sebagai pembelajaran untuk lebih memahami erti CINTA yang sebenar.
   Cinta Allah cinta Rasulullah dan Semoga segala cinta didunia ini diredhai agar mudah untuk kita bercinta hingga ke syurga..



#noktah seribu makna

Comments

Popular posts from this blog

Udang Lipan Santapan Buat Orang Tersayang

Perempuan di kebun getah.

Teman