Kalimah Allah di langit

السلام عليكم..
  Petang semalam saja aku berjalan bawa anak², isteri, mak dan abah ke pantai remis cari lauk ikan segar.
  So.. Bila dah selesai memborong ikan yg penuh sebonet kami pun balik. Aku tergerak hati nak pergi teluk senangin. Bukan apa, saja la nak tengok kawasan memancing untuk trip akan datang. Sampai di sana kami relax² pekena laksa ngn mee goreng kat gerai situ. Memang feel la kan.. Siap l kena angin laut lagi. Tenang je rasa hati.
  Selesai je menjamah makanan tersebut, kami pun mula bergerak ke kereta. Dah nak balik. Tapi anak² pulak nak sangat main ombak pantai. Baju basahan tak bawa sebab tak rancang pun nak mandi manda. Aku tunaikan permintaan diorang. Duduk dekat gigi air je. Waktu itu suasana sangat tenang dengan bunyi ombak menghempas pantai, angin yang menyamankan. Aku ni memang suka tengok pemandangan matahari terbenam. Sejak dari jadi kelasi dulu kalau petang² habis kerja pakat lepak tepi kapal tengok pemandangan indah ciptaan Yang Maha Kuasa. Terkenang awek kat kampung. Hehe..
  Nak dijadikan cerita, semasa aku keluarkan kamera nak snap gambar matahari terbenam tu.. Maka terlihatlah suatu bentuk yg sangat familiar. الله . ehh.. Betul ke apa yg aku nampak ni. Aku tengok org sekeliling mcm tak nampak je. Mungkin diorg tengah seronok mandi manda. Maka aku pun snap lah gambar tersebut utk dijadikan kenangan. Maha Suci Allah yg telah menunjukkan bukti kekuasaannya membentuk awan tulisan الله . itu pada mata kasar. Pada mata yg sgt halus apabila dimakrifatkan maka ada lagi beberapa huruf dan tulisan hijiyah. Barang siapa yg melihat maka biarlah ia menjadi rahsia .dalam rahsia


#noktah seribu makna..

Comments

Popular posts from this blog

Solatlah Kamu Sebelum Kamu Disolatkan..

Perempuan di kebun getah.

Udang Lipan Santapan Buat Orang Tersayang