RINDU MUHAMMAD SAW

Lukisan Dakwah Islam Original:
Bila aku tak suka pada rasa makananku
aku teringat pada baginda Muhammad ﷺ yang pernah meletakkan batu pada keliling perutnya untuk menahan lapar

Bila aku merasa pakaian ku cuma sedikit
aku teringat pada baginda Muhammad ﷺ yang hanya punya dua helai baju seumur hidupnya

Bila aku merasa tidak selesa akan tempat pembaringan ku aku teringat pada baginda Muhammad ﷺ yang tidur hanya beralas pelepah kurma dan kain kasar dalam hidupnya

Apabila aku menjadi begitu kedekut untuk memberi dan berkongsi dengan orang lain .. aku teringat pada baginda Muhammad ﷺ yang pernah memberi segala-galanya sehingga dia hampir tiada apa-apa untuk dirinya

Bila aku fikir betapa miskinnya hidupku, aku teringat pada baginda Muhammad ﷺ yang begitu cinta pada orang miskin dan ingin bersama si miskin di syurga, ia menaikkan semangatku

Bilaa aku terasa ada yang menyakiti aku, aku teringat pada baginda Muhammad ﷺ yang sentiasa memaafkan sesiapa shj yg berbuat jahat padanya

Bila aku terrfikir mungkin ada yg membenci aku, aku teringat pada baginda
Muhammad ﷺ yang sentiasa berdoa untuk orang-orang yang telah menghina nya

Bila aku teringinkan ganjaran dalam perbuatan ku, aku teringat pada baginda
Muhammad ﷺ yang mengingatkan aku bahawa ganjaran yg hebat hanya dari Allah SWT

Bila tiada siapa menyayangi aku, aku teringat pada baginda Muhammad ﷺ yang mencintaiku semenjak beribu tahun dulu

Apabila aku berfikir betapa sengsaranya hidup aku..
aku teringat pada Baginda Muhammad ﷺ yang menempuh segala kepayahan hidup demi nikmat Iman dan Islam pada ummatnya yg dicintai & dan itu bagai cas positif yang menguatkan aku !

Assalamualaika ya Rasulullah

Assalamualaika ya habiballah


Selawat dan salam keatas baginda junjungan besar , contoh terbaik sepanjang zaman . Sohibul Azman . Terima Kasih Ya Rasulullah untuk nikmat iman islam dan ihsan. Syafaatkan daku di akhirat nanti

Kerinduan padamu takkan pernah padam selamanya pada mu Ya Habiballah .

اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد

Comments

Popular posts from this blog

Solatlah Kamu Sebelum Kamu Disolatkan..

Perempuan di kebun getah.

Udang Lipan Santapan Buat Orang Tersayang