Udang Lipan Santapan Buat Orang Tersayang
Petang tadi saja la bawa anak-anak jalan-jalan ke pasar malam nak cari bahan untuk masak juadah berbuka isteri aku. Tengah kepala aku dok mikir nak masak ape, ternampak pulak aku orang sedang jual udang lipan.
Udang lipan, ada yang panggil udang kertak. Ada juga yang panggil udang ronggeng. Macam-macam nama, asalkan dia udang lantaklah orang nak panggil apa. Jangan panggil ayam sudah. Hahaha..
So aku pun beli la udang tersebut. Sepinggan 5 ringgit je. Ada la 18 ekor aku kira tadi bersaiz besar 2 jari. Boleh la.. Sebab aku pun dah lama tak makan udang ni. Asyik makan ayam dengan ikan je hari-hari jemu juga ye tak?!
Aku nak buat sup. Nak hirup kuah dia memang sedap ooo... aku nak kongsi resepi sup zaman bujang aku ni kat awak-awak semua.. tapi sebelum tu siang dan bersihkan dahulu udang tu. Pakai gunting je senang. Potong kepala dan kaki sayap kat ekor dia. Aku tak potong kulit tepi sebab nanti isi dia jadi hancur bila dah direnih dalam periuk. Ada juga suka potong kulit tepi tu. Ikut suka hangpa la.. asalkan masuk mulut sudah.. haha..
Memandangkan aku balik tadi dah hampir nak masuk waktu berbuka. Ape lagi.. acara terjun bebas pun bermula. Panaskan 3 cawan air dalam periuk, sementara tu hiris halia seinci potong la ikut suka. 3 biji bawang kecil buang kulit belah 4 je. 3 biji cili api buang tangkai. Kalau tak suka pedas tak letak cili pun boleh.. ketuk serai sebatang. Terjun kan aje semua dalam periuk berisi air tadi.. dah nak azan sikit masa lagi. Tunggu bahan tadi sampai menggelegak dalam periuk. Bila dah menggelegak, terjunkan sang udang dan rakan-rakan beliau ke dalam periuk. Masukkan sedikit serbuk perasa dan garam secukup rasa. Tutup periuk supaya udang dapat masak dengan sekata. Agak-agak 2 minit tutup api dapur. Hidangkan.. setel sup udang lipan aku. Haha.. kejap je memasaknye. Ngam-ngam azan berkumandang. Aku join isteri aku berbuka puasa. Dia ganti puasa. Aku ni entah bila nak start puasa enam. Rugi rasanya kalau tak buat..
Perghh... alhamdulillah isteri aku suka sup yang aku masak. Anak bongsu aku pun suka. Tak bangun-bangun dia dok minta kopek udang. Haha.. abah dia memang pandai masak.. tersangatlah... haha.. jangan suruh aku masak menu lain ye.. tapi si kakak tak suka. Tak nak langsung. Dia kata tadi dalam kereta udang tu cucuk tangan dia. Jahat katanya. Adoi.. pecah perut aku gelak dengar cerita dia. Padahal dia yang langgar plastik udang tu.
Aku suka udang ni sebab rasanya yang manis ala-ala rasa lobster. Biasanya sup jadi pilihan berbanding goreng. Khasiatnya aku pun tak pasti betul ke tidak. Ada yang kata protein tinggi, baik untuk tenaga batin lelaki, penawar budak kencing malam, boleh buat ubat asma dan lain-lain lagi kot. Tapi pada aku.. aku lebih sukakan rasa dia yang manis tu. Terpulanglah pada uols makan atas sebab apa.
Kepada penggemar udang lipan ni atau yang baru nak rasa udang lipan ni, boleh la cuba resepi terjun bebas aku tadi. Atau korang boleh share resepi korang pada patik ni yang tak berapa pandai memasak. Kepada yang tak makan atau geli tengok udang ni.. jangan kecam saya.. makanlah ikut suka korang asalkan ia HALALAN TOYYIBA..
Sekian terima kasih.. tu gambar hasil merenih sup tadi..
Comments
Post a Comment