Selfie Wefie

Dah berhabuk berakar blog aku ni. Asyik cerita seram je.. padam le yang mana patut.. hihi.. mood raya tak habis lagi. Tiba-tiba pulak rindu kat blog yang dah kena block ni.. hehe..
   Aku ni macam korang juga tak lepas dengan kealpaan penggunaan teknologi dunia maya ni. Kadang-kadang tu sampai tak sempat nak buat keje lain kalau dah mengadap gadjet berjam-jam.. ade juga kadang-kadang tu aku pun tak tau la apa sebab nak mengadap muka buku je berjam-jam.. tolong like gambar kengkawan.. hehe.. Sedangkan ada kengkawan tak pernah like pun gambar aku. hmm.. Lantaklah asal diorang bahagia cukup.
   Okey.. panjangnye mukadimah dia. Haha.. Aku antara orang-orang yang suka berselfie. Ada sesetengah orang memang tak suka berselfie. Masing-masing ada sebab tertentu. Tapi bukan itu yang aku nak sembang. Dalam banyak-banyak tukang selfie baik adam atau hawa ada satu selfie yang agak misteri... nak tau apa dia? Hehe.. Selfie sambil menutup mulut dengan tapak tangan.. Apekah???!! Jenuh aku pikir mengapa diorg tutup mulut? Haha.. kot ada sesiapa yang tahu sila lah bagi tahu.. terlalu misteri. hahaha.. (akhirnya baru ku tahu.. rupanya itu trend orang nak tunjuk jam mahal..) hehehe.. macam2 la korang nih..
   Dikesempatan ini.. aku nak minta mohon ampun maaf dari korang semua kalau ada tersinggung, terguris hati dan perasaan sepanjang perkenalan kita..

Comments

Popular posts from this blog

Udang Lipan Santapan Buat Orang Tersayang

Perempuan di kebun getah.

Teman