Perempuan di kebun getah.
Perempuan Di Kebun Getah
Kisah ini berlaku sewaktu aku berusia 6tahun. Mungkin ini adalah pengalaman pertama aku dalam mengenali alam ghaib. Pasti ada dikalangan kita yang pernah terserempak dengan makhluk yang pelbagai rupa dan punyai ciri-ciri tersendiri. Tidak kira di serata malaysia mahupun di seluruh pelusuk dunia, semua tahu apa itu hantu.
Berbalik pada cerita aku tadi. pada malam kejadian, aku diminta untuk menemani ayahanda ku menghantar rakannya iaitu pakcik salim, pulang ke kampung halamannya. beliau merupakan jiran yang tinggal berdekatan dengan rumah aku. semasa dalam perjalanan ke destinasi tersebut, aku tertidur. lagipun dah malam, tiada apa yang menarik untuk di lihat selain samar-samar cahaya bulan yang menyuluh hutan-hutan di kiri dan kanan jalan. sedar-sedar saja ayahanda ku membangkitkan aku dari tidur. " long.. bangun. dah sampai ni. keluar ". aku pun bingkas bangun,menyarung selipar jepun dan keluar dari kereta. suram, gelap, sunyi dan seram. jam lebih kurang pukul 11.30malam. kami pun masuk kedalam dan bersalaman dengan tuan rumah. aku bosan sedikit sebab mereka asyik bersembang mengenai hal-hal yang kurang aku faham. sehingga lah terbukanya cerita hantu yang sedang hangat melanda sekitar kampung tersebut.
Dikatakan ada sesetengah tempat di kampung itu sering mengganggu sesiapa saja yang bernasib baik lalu di kawasan itu. aku hanya mendengar dan cuba memahami cerita tersebut. aku cuba bayangkan bagaimana rupa hantu tersebut. aku tidak pernah tengok hantu. cuma yang terbayang hantu cina dalam tv. terlompat-lompat. di era 90an, banyak cerita hantu cina dimainkan di tv. sedang asyik mendengar cerita, abah memotong perbualan antara mereka. "dah dekat pukul 1.30pagi ni. kami beransur dulu lah. esok lambat pulak bangun subuh". kata ayahandaku. "elok le, dah malam sangat ni. tak bagus anak kamu berembun tengah malam". kata pakcik salim. "terima kasih ye man, anto aku balik". tambah beliau sambil bersalaman, sambil menyelit duit 20ringgit. ayahanda cuba mengelak dan menepis pemberian beliau. tetapi pakcik salim memaksa ayahanda ambil dengan alasan upah duit minyak. dia juga sempat berseloroh agar berhati-hati di simpang tiga dekat tengah kebun getah. abah hanya mengangkat tangan sambil menekan pedal minyak.
Dalam perjalanan menuju ke jalan besar. kami terpaksa menempuh jalan kecil di tengah kebun getah. suasana yang gelap dan sejuk hanya di temani bunyi enjin kereta abah. aku yang berada didalam keadaan mengantuk hanya termenung sambil melihat ke luar tingkap. sambil aku termenung, tiba-tiba aku terlihat kelibat seseorang. aku hanya memerhatikannya untuk mendapatkan kepastia sama ada ia seorang perempuan atau papan tanda berwarna putih. semakin ia dekat, kereta abah semakin perlahan kerana mencari simpang untuk membelok menuju ke jalan besar. rupa-rupanya ia adalah kelibat seorang perempuan yang berdiri dibahu jalan betul-betul di simpang tiga. aku sempat melihat wajah perempuan itu. sangat buruk dan hodoh. "abah.. kenapa muka dia buruk". tanyaku pada abah. abah terus menarikku dari cermin tingkap dan mengarahkan aku agar tutup mata. waktu itu aku hanya terpinga-pinga kerana tidak faham apa yang sedang berlaku. abah terus memecut hingga kami selamat sampai ke rumah. aku tertidur sepanjang perjalanan tadi.
Mengikut kata abah, perempuan yang kami lihat itu adalah langsuir. abah membawa aku berjumpa (arwah) ustaz meor untuk ambil air penawar kerana sejak kejadian itu, aku sering demam. orang lama kata 'ketegur'. begitulah kisahnya perempuan di kebun getah. tak sempat ngangkung sebab aku kecik lagi. hahaha... melawak je lah. nantikan pengalaman seterusnya.. sekian
Gambar sekadar penyeri.. hehe..
Comments
Post a Comment