Posts

Showing posts from July, 2016

Udang Lipan Santapan Buat Orang Tersayang

Image
   Petang tadi saja la bawa anak-anak jalan-jalan ke pasar malam nak cari bahan untuk masak juadah berbuka isteri aku. Tengah kepala aku dok mikir nak masak ape, ternampak pulak aku orang sedang jual udang lipan.    Udang lipan, ada yang panggil udang kertak. Ada juga yang panggil udang ronggeng. Macam-macam nama, asalkan dia udang lantaklah orang nak panggil apa. Jangan panggil ayam sudah. Hahaha..    So aku pun beli la udang tersebut. Sepinggan 5 ringgit je. Ada la 18 ekor aku kira tadi bersaiz besar 2 jari. Boleh la.. Sebab aku pun dah lama tak makan udang ni. Asyik makan ayam dengan ikan je hari-hari jemu juga ye tak?!    Aku nak buat sup. Nak hirup kuah dia memang sedap ooo... aku nak kongsi resepi sup zaman bujang aku ni kat awak-awak semua.. tapi sebelum tu siang dan bersihkan dahulu udang tu. Pakai gunting je senang. Potong kepala dan kaki sayap kat ekor dia. Aku tak potong kulit tepi sebab nanti isi dia jadi hancur bila dah direnih dal...

Melayu Aku Kamu Dia dan Mereka

Kembalilah kepada bangsa bijaksana.. Tidak pernah jemu membacanya. ------------- Melayu itu orang yang bijaksana Nakalnya bersulam jenaka Budi bahasanya tidak terkira Kurang ajarnya tetap santun Jika menipu pun masih bersopan Bila mengampu bijak beralas tangan. Melayu itu berani jika bersalah Kecut takut kerana benar, Janji simpan di perut Selalu pecah di mulut, Biar mati adat Jangan mati anak. Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya: Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu Banjar juga disebut Melayu, Minangkabau memang Melayu, Keturunan Acheh adalah Melayu, Jakun dan Sakai asli Melayu, Arab dan Pakistani, semua Melayu Mamak dan Malbari serap ke Melayu Malah mua'alaf bertakrif Melayu (Setelah disunat anunya itu) Dalam sejarahnya Melayu itu pengembara lautan Melorongkan jalur sejarah zaman Begitu luas daerah sempadan Sayangnya kini segala kehilangan Melayu itu kaya falsafahnya Kias kata bidal pusaka Akar budi bersulamkan daya Gedung akal laut bicara Mal...

Solatlah Kamu Sebelum Kamu Disolatkan..

Image
السلام عليكم..    Bersyukur kita kerana masih diberi kenikmatan hidup dimuka bumi ALLAH yang penuh dengan ujian agar kita dapat melaksanakan suruhannya bertepatan dengan kalimah tauhid LA ILA HA ILLALLAH..    Hari ni nak kongsi sedikit ilmu mengenai Cara Solat Jenazah yang agak ringkas. Bukan apa.. kita kena ambil tahu juga bab ni walaupun urusan jenazah tu Fardhu Kifayah. Tapi seandainya berlaku sesuatu diluar jangkaan, itu pasti akan membingungkan kita.    Bagi kaum Adam, kita sebagai bapa, suami atau anak lelaki kalau boleh solatkanlah waris terdekat kita. Mudah sangat solat ni. Itu lah peranan kita sebagai lelaki.. imam kepada ahli keluarga kita. Kalau bercinta pandai pulak nak jadi imam kepada pasangan kan??!! hehe.. Mudah-mudahan ilmu ini bermanfaat kepada semua. Takbir Pertama A ngkat Takbir "Allahu akbar" & Niat dalam hati : -- Sahaja aku solat jenazah terhadap mayat ini, 4 ...

Selfie Wefie

Dah berhabuk berakar blog aku ni. Asyik cerita seram je.. padam le yang mana patut.. hihi.. mood raya tak habis lagi. Tiba-tiba pulak rindu kat blog yang dah kena block ni.. hehe..    Aku ni macam korang juga tak lepas dengan kealpaan penggunaan teknologi dunia maya ni. Kadang-kadang tu sampai tak sempat nak buat keje lain kalau dah mengadap gadjet berjam-jam.. ade juga kadang-kadang tu aku pun tak tau la apa sebab nak mengadap muka buku je berjam-jam.. tolong  like  gambar kengkawan.. hehe.. Sedangkan ada kengkawan tak pernah  like  pun gambar aku. hmm.. Lantaklah asal diorang bahagia cukup.    Okey.. panjangnye mukadimah dia. Haha.. Aku antara orang-orang yang suka berselfie. Ada sesetengah orang memang tak suka berselfie. Masing-masing ada sebab tertentu. Tapi bukan itu yang aku nak sembang. Dalam banyak-banyak tukang selfie baik adam atau hawa ada satu selfie yang agak  misteri...  nak tau apa dia? Hehe..  Selfie sambil men...