Menjana Khusyu' Dalam Solat
السلا م عليكم ورحمة الله وبركاته
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
*MENJANA KEKHUSYUKAN SOLAT*
••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••
Mintalah pertolongan dgn Allah dgn jalan sabar.
Solat amat berat kecuali bagi org yg khusyuk.
SOLAT TIANG AGAMA.
SESIAPA YG MENDIRIKAN SOLAT BERMAKNA DIA TELAH MENDIRIKAN AGAMA DAN SESIAPA YG MENINGGALKAN SOLAT BERMAKNA DIA TELAH MENJATUHKAN AGAMA.
Khusyuk adalah focus dalam solat.
Khusyuk ada dua:
ZAHIR
Melakukan pergerakan dgn sempurna.
BATIN
Menghadirkan bersama~sama hati ketika melakukan solat.
Kita nak solat bukan hanya solat seperti ayam patuk jagung.
Khusyuk zahir, khusyuk yg biasa dan khusyuk batin, khusyuk yg luar biasa.
BOLEHKAH KITA SOLAT DALAM KEADAAN GELAP UTK MENJANA KHUSYUK?
Makruh solat dalam keadaan gelap kerana takut ancaman musuh atau ada bintang berbisa.
APAKAH KITA KENA FAHAM BACAAN DALAM SOLAT UTK DAPAT KHUSYUK DALAM SOLAT?BOLEHKAH BACAAN PEREMPUAN DIDENGAR OLEH ORG LAIN DAN APAKAH MESTI BACA DGN BERTAJWID?
Antara tip khusyuk dalam solat ialah cuba menghayati makna bacaan.
Bagi perempuan bacaan dalam solat tak boleh kuat².
Baca dengar sendiri lebih baik.
Kita disuruh baca Al~Quran.
Org yg baca Al~Quran merangkak~rangkak,dapat dua pahala.
Mantapkan tajwid bacaan Al~Fatihah.
BENARKAH KITA KENA KHYUSUK KETIKA WUDUK UTK DAPAT KHUSYUK DALAM SOLAT?
Memang betul.
Sebelum solat kita kena jaga kebersihan.
Kita kena tahu bagaimana mandi wajib,kesempurnaan mandi wajib.
MAKRUH BERCAKAP~CAKAP KETIKA WUDUK.
Tujuan ibadah dilakukan cth wuduk akan berguguran dosa² kita.
Perlu hayati ketika berwuduk.
Bayangkan ketika wuduk dosa² kita berguguran.
Jika wuduk tak sempurna bagaimana nak khusyuk dalam solat.
BAGAIMANA SEWAJARNYA NAK SOLAT BAGI ORG YG PAKAI KERUSI RODA?
Bila kita duduk atas kerusi roda,pastikan kerusi roda bersih tak ada najis dan mengadap kiblat.
Allah beri keringanan bagi org yg dalam keadaan susah.
Susah dan sakit macamana pun kita,kita wajib solat.
BAGAIMANA NAK KHUSYUK DALAM SOLAT KERANA BARU NAK SOLAT DAH TERINGAT~INGAT?
NAK KHUSYUK DALAM SOLAT:
1)Tetapkan niat kerana Allah.
Apa pun yg kita lakukan buatlah kerana Allah.
2)Tumpukan perhatian sepenuhnya dalam solat.
3)Tengok tempat sujud.
4)Try hayati dan fahami bacaan dalam solat.
5)Ingat mati.
Bayangkan solat yg kita buat adalah solat kita yg terakhir.
Ingat mati,minda akan focus.
Ingat mati akan menjadikan kita berlumba~lumba nakkan akhirat.
SELEPAS IMAM BACA AL~FATIHAH,MAKMUM PULA BACA AL~FATIHAH,KETIKA IMAM BACA SURAH BOLEH MENGANGGU BACAAN AL~FATIHAH MAKMUM,BAGAIMANA USTAZ?
Memang akan menganggu kerana terikut imam baca surah.
Kalau kita solat dgn hati,kita tak akan terkesan dgn org sekeliling.
Pastikan solat dah sempurna dan jangan sampai menganggu org lain.
BOLEHKAH SOLAT TUTUP MATA KERANA NAK KHUSYUK DAN BOLEHKAH BACA SURAH PANJANG DALAM SOLAT?
Jika dgn tutup mata boleh datangkan khusyuk,silakan.
Tapi yg kita risau takut ada binatang berbisa ketika kita tutup mata.
Silakan kalau nak baca surah panjang bila solat bersendirian.
Hati² bila jadi imam,jika nak baca surah panjang perlu hormati jemaah kerana takut ada jemaah yg dah tua atau ada jemaah yg bawa anak kecil yg sedang menangis.
BAGAIMANA NAK DAPAT KHUSYUK DALAM SOLAT KERANA MENGANTUK DAN APAKAH SOLAT LAJU BOLEH MENDATANGKAN KEKHUSYUKAN DALAM SOLAT?
Memang tak dinafikan ada org solat,mengantuk.
Makruh menguap ketika solat.
Solat utk segarkan minda.
Sebelum solat,selesaikan apa² terlebih dulu(cth jika makanan sudah tersedia,makan dulu,buang air dulu)
Solat laju tak akan beri kekhusyukan dalam solat.
Dalam solat pentingnya tomakninah(berhenti seketika)
Tomakninah dapat menjana kekhusyukan dalam solat.
APAKAH KELEBIHAN ORG YG KHUSYUK DALAM SOLAT?
Org yg khusyuk dalam solat adalah org yg berjaya.
Ibadah pasti diterima.
Menjadikan diri kita luar biasa.
Solat dapat mencegah perbuatan keji dan mungkar.
Tapi kalau kita solat kita masih buat maksiat,masih tak tutup aurat,kita kena check balik solat kita.
Hidup akan diberkati Allah dan segala urusan kita dipermudahkan oleh Allah.
ADAKAH SALAH ORG YG PAKAI BAJU YG ADA TULISAN HINGGA ORG LAIN TERBACA?
Jangan kita solat hingga menganggu solat org lain.
Sebab itu ketika solat,kita kena tengok tempat sujud.
Ketika nak solat,baju itu biarlah kosong.
BUAT MASA SEKARANG SAYA SAKIT KEPALA DAN TAK BOLEH TENGOK SEJADAH DAN SAYA ADA SAKIT DALAM PERUT DAN SELALU TERKENTUT DALAM SOLAT,BAGAIMANA USTAZ?
Buatlah semampu yg boleh.
Islam memberi keringanan pada org yg dalam kesusahan.
Kalau kentut,boleh tahan cuba tahan.
Ringkaskan solat bagi org yg selalu kentut(ambil bacaan yg wajib)supaya dapat menjaga wuduk.
APAKAH TAK KHUSYUK KERANA HATI PENTINGKAN DUNIA?
Ya,memang betul.
Kata Iman Al~Ghazali,khusyuk zahir semua org boleh dapat dan khusyuk batin hanya org tertentu sahaja yg dapat.
NAK DAPAT KHUSYUK DALAM SOLAT HATI KENA BERSIH.
MOHON USTAZ JELASKAN KAITAN PEMAKANAN DGN KHUSYUK DALAM SOLAT?
Makanan juga boleh menganggu khusyuk dalam solat.
Ulamak² tasawuf,mereka tak makan cth bawang putih.
Sebelum solat,jangan makan benda² yg busuk cth petai.
Yg penting makanlah makanan yg halal lagi baik.
APAKAH HALANGAN KHUSYUK DALAM SOLAT DAN KADANG² ADA MAKMUM YG TERGOYANG~GOYANG DALAM SOLAT,BAGAIMANA KITA NAK KHUSYUK?
Banyak halangan dari mata,telinga dan hidung.
Kalau boleh mata,telinga dan hidung kita,tumpukan dalam solat.
Kita jangan fikir sekeliling.
Kata Imam Al~Ghazali nak khusyuk dalam solat:
Hadirkan hati dalam solat.
Memberi kefahaman dalam solat.
Merasai kebesaran Allah.
Rasa gerun dgn kebesaran Allah.
Mengharap hanya kepada Allah.
Merasa malu dgn Allah.
ADAKAH KITA PERLU BUAT PERSEDIAAN SEBELUM KITA SOLAT?
Pastikan jaga kebesihan sebelum solat.
Wuduk dgn sempurna dan khusyuk ketika wuduk.
Jaga tempat solat,bersih dari najis.
Jaga rukun² solat.
Jaga keperluan dalam solat dan selesaikan keperluan sebelum solat(cth buang air sebelum solat)
BILA KITA DAH TERLAMBAT BERSAMA IMAM,KITA TAK PERLU BERLARI~LARI.
TENANG² SAHAJA.
BILA KITA SOLAT DGN SEMPURNA,SOLAT AKAN MENJAGA HATI DAN MEMBIMBING DARI MELAKUKAN KEJAHATAN.
ADA ORG BILA KITA TENGOK DIA,KITA AKAN TENANG DAN AKAN INGAT ALLAH.
RAKAN² YG NAK BERUBAH,JAGA SOLAT 5WAKTU.
SOLAT TIANG AGAMA.
SEMOGA ALLAH BERI KEBERKATAN,BERJAYA DI DUNIA DAN DI AKHIRAT.
#InShaaAllah_Aamiin
#BiarTahuJanganKeliru
TANYALAH USTAZ TV9(Da'i Aiman&Ustaz Azam Al~Kankari)
Comments
Post a Comment