Perempuan di kebun getah.
Perempuan Di Kebun Getah Kisah ini berlaku sewaktu aku berusia 6tahun. Mungkin ini adalah pengalaman pertama aku dalam mengenali alam ghaib. Pasti ada dikalangan kita yang pernah terserempak dengan makhluk yang pelbagai rupa dan punyai ciri-ciri tersendiri. Tidak kira di serata malaysia mahupun di seluruh pelusuk dunia, semua tahu apa itu hantu. Berbalik pada cerita aku tadi. pada malam kejadian, aku diminta untuk menemani ayahanda ku menghantar rakannya iaitu pakcik salim, pulang ke kampung halamannya. beliau merupakan jiran yang tinggal berdekatan dengan rumah aku. semasa dalam perjalanan ke destinasi tersebut, aku tertidur. lagipun dah malam, tiada apa yang menarik untuk di lihat selain samar-samar cahaya bulan yang menyuluh hutan-hutan di kiri dan kanan jalan. sedar-sedar saja ayahanda ku membangkitkan aku dari tidur. " long.. bangun. dah sampai ni. keluar ". aku pun bingkas bangun,menyarung selipar jepun dan keluar dari kereta. suram, gelap, sunyi dan seram. jam leb...